Tuesday, November 11, 2008

12 jam sebelum keputusan upsr 2008.



12 jam sebelum keputusan upsr diumumkan,namun diharapkan semuanya sejahtera dan dalam rahmat-Nya.
Inilah wajah Faris,Shariman,Along dan Fazirah.

Thursday, October 23, 2008

Perkhemahan Hari Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir 2008.








Bagaimana perkhemahan tahun 2008,tentu banyak mendapat menimba pengalaman,memasak nasi goreng,memasang khemah,berkawad dan lain-lain.Diharapkan tarikh 17.10.2008 membawa kenangan dan pengalaman kepada pasukan uniform puteri islam dan tkrs Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir.


























Wednesday, September 3, 2008

semoga berjaya dalam upsr 2008.


Salam sejahtera,semoga murid-murid tahun enam berjaya dalam upsr 2008.Jawablah soalan dengan tenang dan yakin.Selamat mencipta kejayaan.
-azlan,aiman(tidak bersongkok)
-salahuddin,faiz,shahriman dan azfar.(buatlah yang terbaik)

Monday, September 1, 2008

Sebuah kelahiran dan sebuah kematian.



















Sebuah kelahiran akan disambut dengan penuh gembira dan sebuah kematian akan disambut dengan pelbagai rasa dan warna,kenapakah begitu.Kelahiran datang tanpa dosa namun kematian datang sama ada dosa atau pahala,kehidupan daripada detik mula hidup hingga detik akhir nafas,semuanya milik kita,dan kita yang menentukan warna-warna itu.Kita lihat akan warna-warna kehidupan namun kita belum pasti dapat melihat warna-warna kematian.Lantaran itu jadikanlah kedatangan ramadan ini sebagai satu cermin melihat sebuah kelahiran dan sebuah kematian.

Monday, August 11, 2008

Jalur Gemilang.


Jalur Gemilang ialah nama bendera Malaysia,satu lambang dan simbol kedaulatan dan kemerdekaan.Hayati dan pertahankan maruah bendera Malaysia,negara yang disayangi.

Monday, August 4, 2008

Malaysiaku Merdeka.


Bumi tanah Melayu ini akhirnya merdeka juga setelah dijajah oleh penjajah,Portugis,Belanda,Jepun,Inggeris dan kekejaman komunis telah memberikan satu kesan yang mendalam kepada rakyat anak bumi bertuah ini.Lantaran itu setelah menempuh pelbagai cabaran dan titisan pengorbanan para pejuang maka pada 31 0gos 1957 bumi tanah Melayu ini telah mencapai kemerdekaan.Kini namanya diangkat sebagai Malaysia.Sejahtera Malaysiaku.

Wednesday, July 30, 2008

cinta 2

Setiap kali melangkah ke sekolah,aku akan berasa seronok,di sekolah tempat aku menemui rakan-rakan,dan belajar menimba ilmu.Namun kekadang aku tidak tahu mengapakah aku kini terasa begitu geram dan perasaanku tidak tentu hala apabila terserempak dengan Anita .Anita menyebabkan aku menjadi tidak begitu riang dan tenang.Namun Anita tidak tahu apa-apa.Aku hairan kenapa Anita menjadi sesuatu yang begitu masalah bagi aku,sedangkan dia rakan sekolahku.Hakikatnya aku harus menerima bahawa kini ayah Anita adalah ayahku jua.

Monday, July 28, 2008

cinta 1.



Cinta dan kasih sayang,sukar untuk diduga akan keindahan dan kewajarannya,namun cinta dan kasih sayang itu amat penting.Namun kehidupan ini umpama bunga,kekadang mekar dan kekadang layu mengikuti gerak waktu yang berlalu.

Suatu ketika dulu,ayah begitu akrab dengan aku,kini aku sedar ayah makin jauh dan menjauh.Penah juga aku fikirkan,adakah aku betul beranggapan begitu,mengapa ayah jadi begini,aku gusar dan sedih serta tidak percaya dengan apa yang berlaku.
Namun berat mata memandang berat lagi bahu memikul,rakan persekolahanku riang gembira,namun aku entah,kekadang sedih pilu.Namun kehidupan tetap akan aku teruskan.

Friday, July 11, 2008

Selamat menduduki UPSR 2008.







Salam sejahtera kepada adik-adik yang bakal menduduki upsr tahun 2008.Pastikan adik-adik telah dan sedang membuat latih tubi dan juga mengulang kaji pelajaran serta berbincang dengan guru-guru.
Sesungguhnya kejayaan itu bergantung kepada daya usaha.Usaha dan tawakal akan membantu adik-adik mencipta sejarah bagi diri adik-adik.Citpalah kejayaan diri adik-adik.




Tuesday, July 8, 2008

ibu


ibu,kenapakah aku sering terasa jauh walau aku sepatutnya mendekati hatimu,

aku kini kian dewasa,melepaskan zaman kanak-kanak,

lantaran ibu makin tua meniti zaman usia.


ibu,anakmu murid tingkatan lima,

kelas pertengahan,lemah matematik dan bijak dalam sejarah,

namun aku tidak dapat menghiburkan hatimu.



ibu,anakmu telah jatuh cinta pada setiap lelaki ,

lelaki yang mengambil jalan kesempatan atas kealpaan anakmu,

mudahnya anakmu ini jatuh hati pada lelaki,lelaki yang

menggamit dengan wang.



ibu,aku kian jauh darimu...


kenapa..................

Sayangi ibu dan ayah serta keluarga.


salam sejahtera pembaca budiman,sebagai seorang pelajar adakah anda menyayangi ibu - bapa dan keluarga anda,atau bagaimana?

Tuesday, June 17, 2008

cinta 1





Salam sejahtera kepada pembaca,cinta memang menjadi satu alat mainan bagi pelajar perempuan yang dianggap cantik atau cun,bahkan pelajar lelaki yang kacak pula menjadi kegilaan pelajar perempuan,namun cinta itu tidak ke mana-mana pun,berakhir dengan tragis dan tidak membawa makna.Namun pelajar perempuan mudah jatuh cinta dan hati kepada sesiapa sahaja yang bergelar lelaki,cinta pelajar perempuan boleh dibeli dengan wang dan pujuk rayu.Pelajar perempuan memang dahagakan kasih sayang namun mereka kebiasaannya menerima kasih sayang yang palsu.

kenapa perlu belajar.(ke sekolah)











Kenapa perlu ke sekolah dan menuntut ilmu,jawapannya ialah kerana untuk mempertahankan agama,bangsa dan negara.Di samping mencipta kejayaan diri dan keluarga.Bahkan abad ke -21 memang mencabar,hanya yang berilmu dan berusaha gigih akan dipandang mulia.Jika adik-adik malas dan tidak tekun menimba ilmu di sekolah atau di menara gading,bangsa dan agama adik-adik akan dipandang hina.Maruah agama dan bangsa dan diri adik-adik,adik-adik yang menentukannya.Lantaran itu belajarlah dengan tekun.Jika berjaya tentu akan mendapat kerjaya yang dicita-citakan dan maruah agama dan bangsa dan negara dapat dipertahankan.

Monday, June 16, 2008

Persediaan pmr,spm dan stpm.









Salam sejahtera kepada adik-adik pmr,spm dan juga stpm.Diharapkan teruskan usaha dalam mencipta kejayaan bagi diri masing-masing dan sekolah umumnya.Secara ringkas terdapat beberapa langkah untuk berjaya dan mencipta kejayaan diri.Antaranya ialah berjuang dan yakin akan diri sendiri serta tidak mudah mengalah.Lantaran itu terdapat beberapa cara untuk bersiap sedia dalam menghadapi pmr,spm dan stpm,antaranya ialah,


-membuat latih tubi terancang.

-menjawab soalan-soalan tahun-tahun lepas.

-membuat ulang kaji pada masa 3 bulan sebelum peperiksaan.

-mengikuti kelas tambahan berfokus.


Semoga panduan di atas akan membantu adik-adik,selamat belajar.

Tuesday, May 27, 2008

Masalah.









Kebiasaannya selepas keputusan SPM diumumkan,pasti terdapat pelajar yang mempunyai masalah dalam menentukan langkah seterusnya sama ada memilih tempat belajar yang seterusnya,atau mahu terus bekerja dan pelbagai lagi.





Masalah tetap masalah...........namun masalah itu dapat diatasi dengan bertemu dengan kaunselor sekolah.

Monday, May 19, 2008

Kenapa gagal menjawab soalan peperiksaan.


Kenapa gagal menjawab soalan peperiksaan?

Berikut ialah jawapannya yang mungkin...?


-kamu memang tidak berminat untuk belajar.(eloklah jika kamu berhenti sekolah dengan segera dan menceburi bidang lain)


-kamu tidak menguasai pelajaran yang diajar oleh guru kerana kamu kurang memberikan tumpuan sewaktu guru mengajar.


-kamu tidak membuat latihan atau tidak membuat ulang kaji.


Siapakah yang bersalah?


-kamu yang salah,kerana kejayaan dalam bidang akademik adalah tanggungjawab kamu,kehidupan masa depan kamu,kamu yang menentukannya.

Wednesday, May 14, 2008

Selamat menduduki peperiksaan penggal pertama.

















Salam sejahtera,bagaimanakah dengan pesiapan untuk menduduki peperiksanaan penggal pertama,harap semua pelajar telah bersedia dengan tekun dan yakin.Sesungguhnya peperiksaan itu untuk menguji setakat mana tahap penguasaan para pelajar dalam menguasai mata pelajaran dan bab-bab yang telah diajar oleh guru masing-masing.Keputusan peperiksaan itu para pelajar tentukan sendiri,jika gagal,usaha lagi.Usah jemu dan bosan atau berputus asa.






Sunday, May 11, 2008

Ibu dan remaja sekolah.(satu catatan ringkas)


Anita memang ada masalah.Sejak menduduki tingkatan 4,masalah memang menghantui dirinya.Apatah lagi,balik ke rumah memang merunsingkan hatinya.Ayahnya selalu bertengkar dengan ibunya.Keputusan ujian bulanannya juga merosot.Anita bungkam.Namun Anita tidak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah dirinya,selalu rungsing,mudah rasa bosan dan kekadang meradang tiba-tiba.Mahu ditanya kepada ibu,ibu mungkin juga ada masalah sendiri,mahu ditanya guru,guru tentu sibuk,lantaran itu mahu ditanya kepada siapa.Bagaimanakah untuk mengatasi masalah itu.Anita berfikir dan berfikir.Kawannya Alia pernah mengajaknya ke disco atau jalan-jalan di bandar untuk menenangkan fikiran.Hinburan di kelab disco boleh mengurangkan rasa tekanan.Itulah kata kawannya Alia.


(catatan di atas merupakan satu contoh masalah remaja sekolah,apakah tindakan yang wajar diambil oleh Anita,harap pembaca dapat memikirkannya)


Tuesday, May 6, 2008

cinta remaja sekolah






Cinta remaja sekolah,sesuatu kisah yang pernah berlaku dan sedang berlaku,adakah pembaca juga sedang mengalami kisah cinta itu,atau ahli keluarga,atau jiran tetangga.





Kebiasaannya remaja sekolah perempuan mudah untuk pudar jiwanya dan jatuh kasih kepada insan lelaki,kenapa dan mengapa itu berlaku hanya remaja perempuan itu yang tahu,tetapi semuanya mungkin kerana untuk mendapatkan sesuatu atau yang lebih tepat kasih sayang.





Kasih sayang fitrah manusia,namun kekadang ianya menyebabkan remaja perempuan menjadi buta dan tidak dapat bertindak waras.Kasih sayang mereka curahkan ke tempat yang tidak tepat.





cinta-kenapa cinta itu datang-kerana fitrah,namun usahlah cinta itu membawa gundah dan lara-kerana manusia ada akal dan minda.


Remaja perempuan terutamanya yang mempunyai wajah yang memikat ,pasti akan digoda dan akhirnya tergoda,namun semua kisah cinta mereka itu kebiasaannya berakhir dengan kisah sedih dan duka,amat sedikit yang berjaya membawa cinta mereka ke dunia yang benar-benar indah dan bermakna.

Kenapa dicari kasih sayang,bukankah kasih sayang itu boleh dicari dan dibina di dalam sebuah institusi bernama keluarga.Bahkan saudara mara dan rakan-rakan adalah tempat yang paling baik untuk menimba dan mencurahkan kasih sayang.

Akhirnya walauapa yang terjadi,berjaya atau kecewa dalam dunia cinta,remaja perempuan hendaklah tabah dan berserah diri kepada-Nya.


Sunday, May 4, 2008

remaja sekolah

Remaja sekolah,secara mudah remaja sekolah bermaksud pelajar sekolah yang berusia 15 hingga 18 tahun,secara jelas mereka ini akan mengalami dilema masalah peribadi yang merangkumi pelbgai bidang dan citarasa.Benarkah remaja sekolah kurang mampu menangani masalah diri,atau semuanya kerana masalah jati diri keluarga mereka yang rendah.

Saturday, May 3, 2008

B.Inggeris dan pelajar Melayu.


Memang membinggungkan apabila perubahan untuk mata pelajaran sains dan matematik mahu diadakan seperti dulu-dulu,dan mahu dimanshkan penggunaan b.inggeris dalam mata pelajaran tersebut.Memang melucukan.Pada era zaman Tun Dr.M,sebahagian orang Melayu diam membatu,tapi kini lain pula.Namun itu bukanlah keputusan yang muktamad,yang penting berikan peluang kepada anak-anak didik UPSR merealisasikannya.Guru-guru Melayu pula bagaimana pengajarannya di bilik darjah,adakah menggunakan bahasa inggeris rojak atau bagaimana,lantaran itu saya mencadangan agar diberikan pilihan kepada keluarga melayu yang mahu anak-anaknya diajar sains dan matematik dalambahasa inggeris.(lihat wajah di atas,murid itu pun pening memikirkannya)

Tuesday, April 29, 2008

Guru dan anak murid.


Sejak merdeka,negara ini telah memberikan ruang pendidikan yang meluas dan falsafah pendidikan yang dilaksanakan telah membentuk insan yang terus-menerus bakal membangunkan negara.


Oleh itu,sekali sekala.lihatlah situasi beban tugas guru-guru di sekolah dan lihatlah apakah masalah yang dihadapi oleh anak-anak didik.Kepada para ibu bapa-bekerjasamalah dengan guru-guru dan bukannya mencari jurang yang remeh temeh.Sesungguhnya anak-anak didik hari ini adalah pemimpin masa depan.Sejahtera Malaysia.


Tuesday, April 22, 2008

Perasuah musuh negara,bangsa dan agama.


Salam sejahtera Pak Lah,tahniah kerana Pak Lah meneruskan era membina ketelusan insan,apatah lagi gejala rasuah sudah wujud sejak dulu lagi di negara ini.Dengan BPR menjadi sebuah suruhanjaya ,maka gejala rasuah dan perasuah dapat dibawa ke muka keadilan.Perasuah memanglah musuh negara,bangsa dan agama nombor 2 selepas dadah.(pandangan penulis)
Justeru itu diharapkan Pak Lah diberikan kekekuatan dan keteguhan dan kebijaksaan oleh Yang Maha Esa.
(lihat gambar di atas-beginilah dialog-daripada idea penulis)
-makan perlahan-lahan-rezeki itu milik Allah dan harus bersyukur.
-betul apa Pak Lah kata.
-dan ingat rezeki hasil rasuah itu berdosa,dah besar nanti-kerja kuat-kuat tetapi jangan rasuah.
-betul tu Pak Lah,terima kasih.

Sunday, April 13, 2008

Bunga-bunga Perpaduan Orang Melayu.



Malaysia ketika ini terdiri daripada pelbagai kaum.Sejarah negara ini membuktikan bahawa negara ini ketuanannya berteraskan orang Melayu.Baru-baru ini dibangkitkan semula isu mengenai perpaduan orang Melayu.Bagi penulis semuanya itu bergantung kepada orang Melayu itu sendiri.-bersatu teguh bercerai roboh,bagai aur dengan tebing,yang ringan sama dijinjing,yang berat sama dipikul,atau lebih-lebih lagi orang Melayu sewajibnya bersatu padu atas dasar agama yang mereka anuti.Islam memberikan orang Melayu satu petanda untuk benar bersatu hati dan berpadu.Akhirnya semuanya itu bergantung kepada orang Melayu sendiri,Allah tidak mengubah nasib kaum Melayu itu kecuali orang Melayu mahu mengubahnya.Adakah kita benar-benar bersatu hati di jalan Alllah dan kerana Allah atau bagaimana?

Wednesday, April 9, 2008

Bunga Kebangsaan.


Bunga Kebangsaan Malaysia,pasti semua para pembaca mengetahui nama bunga itu,jika tidak cari-carilah di buku-buku atau rujuklah alam maya.Namun yang penting bunga kekadang akan layu juga jika tidak dijagai dengan baik dan bersungguh-sungguh,bahkan keharuman juga akan hilang.
Kini setelah 50 tahun Malaysia merdeka sewajarnya bunga itu makin harum dan harumannya menakluki dunia,namun jika ianya tidak dijaga atau emosi mengawasi diri sudah pasti haruman bunga itu akan bertukar menjadi satu kisah yang menyedihkan layu dan akan binasa.Lantaran itu peliharalah bumi kita,tanah air kita-Malaysia tercinta.


Sunday, April 6, 2008

Bunga-bunga kebenaran.

Membina dan mencari atau menulis tentang kebenaran memanglah merupakan satu tanggungjawab dan amanah.Namun tulisan di alam maya kekadang mahu menguji dan memberikan sesuatu agar pembaca maya dapat berfikir dan mencari fakta yang sebenarnya.Tanpa kemampuan untuk mencari atau menilai sama ada sesuatu fakta di maya itu betul atau salah ianya akan membawa sesuatu yang merugikan.Lantaran itu diharapkan halaman maya ini dapat membantu secara asas sahaja-bagaimanakah pembaca maya dapat menilai sesuatu catatan atau berita atau tulisan di alam maya.Selamat menilai dan membaca.

Monday, March 31, 2008

salam sejahtera.

salam sejahtera,selamat datang ke alam maya,alam bunga yang indah dan menarik serta menawan ,namun kekadang ianya akan layu dibawa masa,namun Malaysia tidak akan layu seperti bunga-bunga tetapi akan terus mengharum menawan planet bumi.selamat melayari halaman ini.