Friday, July 31, 2009

KPI SK.GUGUSAN LEKIR.

SALAM SEJAHTERA KEPADA PARA PEMBACA.
SESUNGGUHNYA SK.GUGUSAN LEKIR MEMPUNYAI KPINYA TERSENDIRI.SK.GUGUSAN LEKIR BERGERAK BERDASARKAN KPI BERIKUT.


SEKSYEN 2

MAKLUMAT SKNP
2.1. Latar Belakang: Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir (SKGL) Contoh

Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir (SKGL) adalah sekolah luar bandar yang terletak 15 km dari bandar Sitiawan, Perak. Kebanyakan murid-muridnya terdiri daripada anak-anak peneroka Rancangan Tanah FELCRA dan sebahagian kecil terdiri daripada anak-anak pegawai FELCRA dan anak-anak guru. Hubungan sekolah dan komuniti setempat adalah erat. Komuniti setempat terutama ibu bapa dan pihak FELCRA Bhd. Mudah menghulurkan bantuan tenaga dan kewangan.
SKGL ditubuhkan pada tahun 1987 sebagai sekolah cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Seri Selamat Sitiawan. Pihak Pengurusan FELCRA Kawasan Lekir telah bermurah hati meminjamkan bangunan latihan belia untuk dijadikan bangunan sementara sekolah ini. Pada tahun 1989 sekolah ini telah didaftarkan. Guru Besar yang pertama adalah En. Junus bin Abd. Rahman. Pembinaan bangunan baru telah dimulakan pada tahun 1993 dan digunakan mulai tahun 1994.
Pada 17 Jun 1997, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullah, Sultan Perak Ketika itu telah merasmikan sekolah ini. Senarai Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini adalah seperti jadual di bawah:
Bil
Tahun
Guru Besar
1
1989
Encik Junus bin Abd. Rahman
2
1995
Tuan Hj. Ahmad Dalail bin Mohd Rakim
3
1997
En. Zulkifly bin Meor Lope
4
1998
En. Roslim bin Zainuddin
5
2000
En. Ismail bin Ali
6
2003
En. Mohd Aminuddin bin Mohd Dahalan
7
2006
En. Ismail bin Ambia

Antara kejayaan yang yang diperolehi sekolah ini adalah seperti jadual di bawah.
Bil
Tahun
Kejayaan
1
1993
Kali pertama mendapat keputusan UPSR dengan seorang murid mendapat 5A
2
1996
4 orang murid mendapat 4A
3
1997
Mendapat tempat ketiga pertandingan 3K peringkat negeri Perak
4
1998
Mendapat tempat kedua pertandingan 3K peringkat negeri Perak
5
2000
Mendapat Anugerah Johan Sekolah Harapan Negara Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar Peringkat Negeri Perak.
6
2002
8 orang murid mendapat kelulusan 5A UPSR

MANAKALA UNTUK TAHUN 2008 SASARANNYA IALAH 4 ORANG MENDAPAT 5 A.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA MURID-MURID TAHUN ENAM 2009 SK.GUGUSAN LEKIR.

USAHA-DOA-TAWAKAL -KECEMERLANGAN DUNIA DAN AKHIRAT.


1 comment:

Perak Tulin said...

Dapat kiranya pihak Pengurusan dapat memaparkan keputusan UPSR (Peratus Kelulusan). Terima kasih